Tuesday, August 24, 2010

Ricky Martin mahu terbit buku biografinya

Penyanyi popular lagu Livin la Vida Loca, Ricky Martin bersedia untuk menerbitkan buku biografinya setelah mengaku dirinya seorang gay.

Buku biografi Ricky, 38, berjudul Me akan diterbitkan dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Sepanyol pada 2 November tahun ini di Amerika Syarikat.

“Apabila menulis buku ini, saya akan melihat lebih jauh apa saja pengalaman hidup yang membuatkan saya menjadi seperti sekarang,” ujar penyanyi itu di Reuters.

Ricky Martin memulakan kariernya melalui band Menudo. Kemudian dia bergerak solo dan mengikuti pertandingan pencarian bakat pada 1990-an. Album pertamanya dalam bahasa Inggeris diterbitkan pada tahun 1999. Dua buah lagu yang popular dalam album itu adalah Livin’ la Vida Loca dan She’s All I Ever Had.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: