Wednesday, August 4, 2010

Rangka ditanam di lokasi rahsia


ORANG ramai melihat bangkai buaya tembaga telah dibakar oleh Perhilitan di Pantai Ixora Permai, Pasir Panjang, Port Dickson semalam.


SEREMBAN - Bangkai buaya tembaga yang ditemui di Tanjung Agas, Port Dickson dibakar selama lebih lapan jam di lokasi yang sama tempat ia ditemui kelmarin.

Proses membakar bangkai reptilia sepanjang 5.48 meter dan seberat satu metrik tan itu bagaimanapun bukan mudah.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Ishak Muhamad menjelaskan, kerja membakar bermula pukul 6 petang sehingga 4.30 pagi semalam.

Menurut Ishak, kakitangannya membakar bangkai itu dengan menggunakan petrol dan tayar kereta bagi menghancurkan daging dan isi dalam perut.

"Kita bakar daging dan isi buaya itu sampai tinggal rangka.

"Daging buaya yang telah hangus ditanam di kawasan tempat ia ditemui manakala rangkanya akan ditanam di tempat rahsia bagi mengelak ada orang menggalinya semula,'' kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: