Sunday, August 15, 2010

Produksi hutang tenaga kerja

KASIHAN Diva dengar cerita teman-teman karyawan yang merupakan golongan yang bekerja keras melakukan kerja-kerja produksi di belakang tabir.

Dalam banyak produksi yang mahu merakyatkan naskhah teater, Diva dimaklumkan bahawa produksi teater Sri Mersing yang dipentaskan di Istana Budaya pada 12 hingga 21 Mac lalu gagal melunaskan bayaran kepada karyawan mereka. Khabarnya jumlahnya banyak juga.

Tolong kasihani mereka ini yang selalu dikerah bekerja lebih masa tetapi akhirnya gagal mendapat bayaran penuh atas titik peluh yang telah dicurahkan ke dalam teater yang membariskan Adi Putera dan Elly Mazlien sebagai teraju utama itu.

Bila dikenang-kenang semula, duit yang sepatutnya mereka perolehi itu boleh digunakan untuk persiapan berpuasa dan menyambut bulan Syawal kelak.

Dengar cerita walaupun telah digegarkan dengan banyak panggilan telefon

dan SMS, pihak produksi masih berdegil dan berhati batu.

Usahkan bayar baki duit karyawan itu tadi, respons pun tidak.

Janganlah aniaya kawan-kawan sebab setahu Diva, dunia seni ini tidaklah begitu besar.

Kalau orang sudah sukar untuk mempercayai kita, jangan marah bila orang tak mahu bekerjasama lagi dengan kita nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: