Sunday, August 15, 2010

Penduduk Sik dilanda banjir terburuk


RAZMI (belakang) bersama rakan-rakannya terpaksa berpaut pada tali meredah banjir sambil menyelamatkan ayam ternakan mereka di Kampung Kemelong, Sik semalam.


SIK, Kedah - Kira-kira 1,500 penduduk di 20 buah kampung di daerah ini dilanda banjir lumpur terburuk selepas hujan turun tanpa henti semalam.

Banjir yang menghanyutkan kayu balak dan batu itu didakwa berpunca daripada aktiviti pembalakan di kawasan Sungai Semeliang di sini sejak hampir setahun lalu.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Bendang Man, Chok Sireh, Kemelong, Chepir, Jerai dan Narik.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Belantik, Tajuddin Abdullah, banjir lumpur itu merupakan yang terburuk berlaku di situ.

"Kebiasaannya jika banjir, tidak pernah ada lumpur atau kayu balak tetapi kali ini memang teruk sumber air penduduk tercemar.

"Lebih teruk lagi, paip saluran air dari kawasan tadahan hujan untuk penternakan ikan hiasan turut pecah akibat terkena rempuhan kayu balak," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: