Monday, August 23, 2010

Padah elak dicekup khalwat



BATU PAHAT – Akibat mengelakkan diri daripada dicekup pasukan Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat, seorang anggota tentera maut apabila terjun dari tingkat dua sebuah hotel murah di bandar ini, pagi semalam.

Pekerja hotel berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, dia langsung tidak mengetahui bahawa lelaki yang mendaftar di hotel itu akan bertindak terjun dari tingkat dua hotel berkenaan untuk melarikan diri.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang membaca surat khabar dan pekerja lain di hotel berkenaan menelefonnya dan memberitahu mengenai kejadian itu.:

“Sebelum kejadian, lelaki berumur lingkungan 30-an itu serta pasangannya mendaftar masuk kira-kira jam 2.15 pagi ini (semalam).

“Namun, mereka keluar semula selepas mendaftar di atas nama lelaki berkenaan dan kira-kira 15 minit baru masuk semula ke hotel,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian:.

Wong berkata, selepas itu kira-kira jam 2.45 pagi, pasukan dari Jabatan Agama Daerah Batu Pahat datang ke hotel untuk membuat operasi mencegah maksiat.

“Terkejut apabila saya dapat tahu yang pihak jabatan agama hendak membuat operasi di hotel ini setelah lapan bulan tidak berbuat demikian.

"Oleh itu, saya menyuruh seorang lagi pekerja hotel mengikuti pihak penguat kuasa membuat operasi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja hotel yang hanya dikenali sebagai Amir berkata, dia ada melihat pasangan berkenaan masuk ke hotel dan keluar semula kerana mereka berada di kedai makan di depan hotel terbabit.

“Pihak jabatan agama mengetuk bilik bernombor 216 di tingkat dua hotel berkenaan selama kira-kira 15 minit dan ketika itu dari dalam bilik kedengaran bunyi bising.

“Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dan lima minit selepas itu, barulah pintu dibuka pasangan lelaki berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu berlaku dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

Menurutnya, mangsa berumur lingkungan 30-an dan seorang tentera yang bekerja di Kluang bersama pasangannya wanita tempatan bukan beragama Islam mendaftar untuk masuk ke hotel berkenaan.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan polis dan kami tidak boleh memberi maklumat sehingga kes berkenaan sele�sai,” katanya.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, dalam kes ini, wanita berkenaan tidak boleh didakwa berkhalwat kerana bukan beragama Islam.

“Bagaiamanpun, wanita terbabit akan disoal siasat kerana dia adalah saksi utama kejadian itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: