Sunday, August 1, 2010

One Drop tawar baucar tunai RM2 juta


PEMBUNGKUSAN praktikal dan bentuk botol yang menawan menjadi tarikan utama terhadap minyak wangi One Drop Perfumes pada 2010.


TAHUN lalu ramai mengeluh kerana bekalan One Drop Perfumes tidak dapat menampung permintaan ketika ketibaan Ramadan, bagaimanapun tahun ini situasi seperti itu tidak akan berulang.

Melalui pertambahan stok dan peningkatan pengedar di seluruh negara, kini terdapat cukup bekalan wangian jenama One Drop Perfumes sebagai usaha memenuhi permintaan pengguna menjelang Hari Raya tidak lama lagi.

Pengeluar jenama tersebut, One Drop Sdn. Bhd. membuat persediaan berkenaan sebagai langkah awal dalam menangani peningkatan permintaan sehingga 100 peratus setiap kali tiba Ramadan.

Menurut seorang pengedar, Bahazizi Ridzuan, pengalamannya terputus bekalan wangian One Drop Perfumes pada Ramadan tahun lepas memang sesuatu yang tidak diduga.

"Sehingga ada satu peringkat, tiada satu kotak pun berbaki untuk dijual berikutan permintaan luar biasa. Justeru, untuk tahun ini, saya membuat persediaan awal kerana permintaan dijangka akan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya," kata Bahazizi.

Sebagai pengedar One Drop Perfumes melalui laman web, peningkatan produk yang mencecah sehingga 800 hingga 1,000 kotak sehari sepanjang Ramadan langsung tidak dijangka.

Bukan itu saja, jualan bulanan pengedar turut meningkat di Brunei, Thailand, Singapura serta Indonesia.

Selain kempen Badan Wangi Poket Berisi yang diadakan One Drop Perfumes baru-baru ini, pihak syariakt turut mengetengahkan pembungkusan serta botol yang lebih menarik.

One Drop Perfumes merupakan minyak wangi tanpa alkohol terbesar di Asia berkenaan berjaya meraih peningkatan jualan sehingga 60 peratus sepanjang Ramadan.

Walaupun masih awal, permintaan terhadap produk tersebut semakin meningkat seperti larisnya buah kurma dan biskut raya.


ARTIS, Rozita Che Wan turut menyertai Parti Selebriti One Drop Perfumes yang diadakan pada tahun lalu.


Justeru, bagi One Drop, penyediaan stok lebih awal diharap dapat mengelakkan para pengedarnya daripada terputus bekalan seperti yang mereka alami sebelum ini.

Dalam pada itu, rezeki pengguna minyak wangi ini, diharap akan bertambah melalui kempen Badan Wangi Poket Berisi yang dilancarkan 1 Julai lalu dan dijadual berakhir 30 Sepetember ini.

Kempen perayaan tahun ini dijalankan untuk menghargai para pengguna One Drop Perfumes dengan peruntukan RM2 juta dalam bentuk baucar tunai bernilai daripada RM50 hingga RM400.

Baucar tunai tersebut diletakkan secara rawak di dalam kotak One Drop Perfumes yang setiap satu dijual pada harga RM40 dan RM45.

Menurut Stokis One Drop Perfumes Kuala Lumpur, Salmah Ismail, respons yang diterima berhubung kempen tersebut amat menggalakkan.

Jelasnya, ramai pelanggan yang datang untuk mencuba nasib bagi merebut wang peraduan atau mencari wangian ini selain peluang menambah pendapatan sebagai pengedar.

Ditambah dengan ketibaan Ramadan dan Aidilfitri, Salmah menjangkakan penjualan akan meningkat sehingga 100 peratus.

Kempen Badan Wangi Poket Berisi tersebut juga diharap dapat menarik perhatian suri rumah untuk menjadi pengedar secara kecil-kecilan.

Seorang lagi pengedar One Drop Perfumes, Siti Aloyah Abdullah berkata, langkah syarikat One Drop memberi baucar kepada pengguna merupakan satu inisiatif bagi menarik pelanggan baru serta membantu menjana pendapatan para pengedarnya.

Siti Aloyah yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan itu menambah, dia memilih produk One Drop Perfumes kerana ia praktikal, mempunyai pembungkusan yang menarik manakala aromanya tahan lama.


PRODUK keluaran One Drop bukan sahaja membolehkan pengguna menggunakan wangian pada harga munasabah tetapi ia turut menyediakan peluang perniagaan kepada orang ramai.


Malah, harga wangian itu yang berpatutan membolehkan suri rumah sepertinya memiliki haruman yang bertaraf antarabangsa di samping mampu menambah pendapatan keluarga dan meringankan beban suami.

Jelasnya, ketibaan bulan Ramadan ini dilihat mampu memberi pulangan yang berlipat kali ganda kerana ia dilihat sebagai pelengkap kepada musim perayaan.

Bagi penggemar minyak wangi yang ingin mendapatkan pati minyak wangi tanpa alkohol, One Drop Perfumes atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari www.onedropperfumes.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: