Sunday, August 1, 2010

Natrah, Wings ke Istana Budaya


AKSI dan kehebatan kumpulan Wings sentiasa ditunggu oleh peminatnya. Jika benar Wings bakal beraksi di Istana Budaya, ia bakal mencatat sejarah tersendiri untuk kumpulan rock legenda itu.


KETIKA Diva dan rakan-rakan seangkatan berkobar-kobar tidak sabar menonton Cuci The Musical pada 27 Julai ini, telinga nipis Diva ini menangkap satu lagi berita baru.

Diva pasti semua peminat teater dan kawan-kawan Diva juga gembira dengan informasi ini. Ceritanya masih dalam kain tetapi Diva ini ada akses untuk menyelinap masuk dan mengintai-intai apa cerita yang boleh dikongsi bersama. Bukan menyibuk tapi menghebah.

Masih ingat dengan teater Natrah tak? Kalau tak ingat, cepat pergi belek Internet sebab Natrah buah tangan Erma Fatima serta lakonan hebat Sofia Jane, Maya Karin dan Remy Ishak itu akan kembali beraksi di Istana Budaya (IB) tidak lama lagi. Rasa-rasa Diva dalam bulan November nanti. Apa-apa kepastian kena tanya Ketua Pengarah IB yang Diva cuma panggil Abang Joe. Kata sumber Diva, selagi ada Abang Joe banyak lagi persembahan besar yang tidak terjangkau dek akal akan masuk ke IB, salah satu daripada projek besar untuk tahun depan yang hampir 100 peratus kesahihannya benar adalah konsert Wings.

Bila dengar nama Wings, Diva mula rasa nak terbang sebab dengarnya, bukan suara Awie sahaja yang akan bergema mengiringi muzik oleh Eddie, Joe serta Black nanti tetapi ada lagi sentuhan hebat bekas anggota Wings yang lain iaitu Jojet (drum) dan Mel (bekas vokalis) yang akan sama memuncakkan adrenalin semua peminat mereka menjelang konsert nanti. Kalau tak silap, rasanya Wings akan masuk IB sekitar tahun depan, bila? Tunggu!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: