KUALA LUMPUR: Selepas MyKad dan MyKid, penggunaan kad pengenalan pintar itu kini diperluaskan di kalangan pegawai dan anggota pasukan keselamatan negara dengan projek perintisnya, MyTentera dilancarkan Kementerian Pertahanan.
Malah, mulai hari ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan 56 kaunter khas di seluruh negara, khusus bagi pegawai dan anggota mendaftar pada setiap Sabtu dan Ahad. Proses itu dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir Februari 2011.Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata kemudahan itu satu lagi bentuk transformasi ketumbukan berkenaan, sekali gus menepati hala tuju konsep tentera masa depan yang ditetapkan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: