
PARIS - Penyanyi terkenal, Madonna berumur 51 tahun sibuk mengarahkan filem terbarunya berjudul W.E di Perancis kelmarin.
Semasa mengarah, Madonna memakai pakaian berwarna gelap, skarf dan topi serta cermin mata hitam.
Penyanyi itu memulakan kerjayanya sebagai pengarah pada 2008 menerusi filem Filth and Wisdom yang mengisahkan seorang penyanyi rock Ukraine.
Madonna bukan satu-satunya bintang filem Amerika Syarikat (AS) yang mengarahkan filem di Perancis pada musim panas ini.
Pada minggu lalu, pengarah terkenal Hollywood, Woody Allen mengarahkan filem Midnight in Paris dekat Pantheon dan di sebuah taman di belakang gereja Notre Dame.
Filem arahan Allen itu dibintangi oleh aktor Owen Wilson dan Carla Bruni iaitu isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: