Saturday, August 7, 2010

Lumpuh tak halang Zafwan capai kejayaan


ZAFWAN RAHIMI menunjukkan ijazah yang diperolehnya kepada ibunya, Nafisah Mohammad dan bapa, Abd. Rahim Omar serta dua orang adiknya di Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Keadaan fizikalnya yang kurang upaya tidak menghalang Zafwan Rahimi Abd. Rahim, 23, mencapai kejayaan dalam pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau yang lumpuh separuh badan dari dada hingga ke kaki akibat kemalangan jalan raya tujuh tahun lalu, menerima Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan pada majlis konvokesyen ke-42 universiti itu di sini semalam.

"Saya pernah berdepan pelbagai kesukaran selama tempoh pengajian, tetapi ia tidak menghalang saya mengambil Kursus Perancangan dan Pengurusan Pembangunan walaupun dengan keadaan kurang upaya," katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu.

Upacara konvokesyen yang masuk hari ketiga itu disempurnakan oleh Pro-Canselor USM, Tan Sri Razali Ismail dengan lebih 1,000 graduan menerima ijazah sarjana muda masing-masing dalam bidang farmasi, sastera dengan pendidikan dan kejuruteraan.

Zafwan Rahimi yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu memberitahu, peluang untuk berjaya sememangnya ada pada setiap insan tanpa mengira keadaan termasuk bagi golongan kurang upaya.

"Saya selalu mengingatkan diri saya bahawa kejayaan boleh dicapai asalkan mempunyai semangat dan tidak mudah berputus asa," katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah.

Beliau bercadang menyambung pengajian di peringkat sarjana Sains Politik tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: