Saturday, August 28, 2010

Lelaki lumpuh dapat pampasan


SELVARAJAH (tengah) menyerahkan bantuan
kerusi roda kepada Zulkifli di Dungun baru-baru ini.


DUNGUN - Seorang buruh yang terlantar sakit sejak setahun lalu akibat terlibat dalam dua kemalangan di tempat kerja menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Zulkifli Abd. Razak, 28, dari Kampung Nyior, Paka dekat sini yang lumpuh sementara akibat keretakan pada tulang belakang menerima bantuan sebanyak RM1,570 di bawah Faedah Hilang Upaya Sementara baru-baru ini.

Bantuan itu bukan bayaran bulanan dan dibuat sekali bayar sahaja.

Dia yang turut putus jari akibat satu kemalangan pada tahun 2008 juga menerima bantuan kerusi roda dan lampin pakai buang yang disampaikan sendiri oleh Ketua Eksekutif Perkeso, K. Selvarajah.

"Saya ingat kehidupan saya hanya di katil, tetapi selepas bantuan ini saya dapat semangat untuk pulih seperti biasa," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Beliau yang merupakan pekerja kimpalan turut berasa lega kerana impiannya untuk berhari raya pada tahun ini dengan lebih sempurna menjadi kenyataan selepas menerima bantuan tersebut.

Ujarnya, sejak mengalami kemalangan di tempat kerja pada Oktober tahun lalu, kehidupannya banyak dihabiskan dengan duduk dan tidur di atas katil di rumah saudaranya.

"Saya tidak sabar untuk berjalan semula dan kembali bekerja bagi membalas jasa baik keluarga yang banyak berkorban selama saya ditimpa kemalangan," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: