Thursday, August 26, 2010

Lee kahwin Oktober


LEE SOO YOUNG


LEE SOO YOUNG yang pernah membuat kenyataan ingin berkahwin secepat mungkin nampaknya mengotakan janji apabila akan berkahwin pada bulan Oktober ini. Mengikut jadual, Lee akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan seorang pekerja bank pada 5 Oktober ini di sebuah dewan persandingan di Kangnam, Seoul, Korea.

Lee dilaporkan telah lama menjalin hubungan dengan bakal suaminya itu secara rahsia. Walaupun tidak menyorok hubungannya kepada teman-teman, namun teman-teman pelakon ini menghormati permintaannya untuk tidak menghebohkan hubungan cinta dia dengan pekerja bank tersebut.

Sebelum ini Lee telah membuat kenyataan yang berbunyi: "Saya mahu berkahwin cepat dan membina sebuah keluarga yang bahagia. Sekarang ini, saya sedang mengambil kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan berasa personaliti saya sangat sesuai untuk berkahwin muda.

"Dalam masa yang sama, saya juga mahu mempunyai ramai anak. Saya mahu ia terlaksana dengan segera."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: