Wednesday, August 18, 2010

Kolam tiga kem PLKN tercemar


KEM PLKN, Gopeng.


IPOH – Tiga kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Perak yang menempatkan lebih 1,500 pelatih Kumpulan 3 Siri 7 2010 diarah menghentikan serta-merta semua aktiviti rekreasi air selepas hasil analisis sampel dari kolam-kolam kem berkenaan mendapati wujud bakteria leptospirosis atau kencing tikus.

Tiga kem tersebut ialah Kem Nilam Ehsan di Bidor, Kem Kepimpinan Gemilang, Gopeng dan Kem Desa Rimba di Kuala Kangsar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, arahan itu dikeluarkan selepas ujian Jabatan Kesihatan negeri mendapati sampel air di ketiga-tiga kem telah dicemari bakteria itu.

“Kakitangan jabatan berkenaan telah membuat pemeriksaan ke atas kesemua 12 kem PLKN di Perak dan hasil ujian mendapati tiga kem itu mempunyai bakteria tersebut,’’ katanya selepas menghadiri taklimat mengenai penyakit itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: