![]() |
| SATU kasut (dalam bulatan) dibaling ke arah Omar Abdullah di sebuah stadium di Srinagar semalam. |
SRINAGAR - Seorang anggota polis membaling kasut ke arah Ketua Menteri Kashmir, Omar Abdullah pada majlis meraikan Hari Kemerdekaan India kali Ke-64 di sebuah stadium sukan di sini semalam.
Kasut yang dibaling itu tidak mengenai Omar manakala pembalingnya ditangkap oleh beberapa pengawal peribadi pemimpin tersebut.
"Mental dia (anggota polis itu) tidak stabil selain menghadapi satu dakwaan jenayah. Tugasnya turut digantung kerana aktiviti jenayah (yang dilakukannya)," kata satu kenyataan polis.
Semasa kejadian, anggota polis itu menjerit mahukan kebebasan yang merujuk kepada pembebasan Kashmir daripada pemerintahan India.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: