![]() |
| JOSHUA Lim Meng Yew menunjukkan kereta Hot Wheels pertama yang dimilikinya. |
OSHUA Lim Meng Yew menerima kereta pertama daripada bapanya ketika dia berusia empat tahun. Kini pelajar darjah lima itu sudah memiliki lebih daripada 1,500 kereta Hot Wheels dalam `garajnya’.
Kereta Joshua mungkin kecil namun setiap satu daripadanya mempunyai nilai yang tersendiri.
Jika tidak, mustahil dia mampu mengingat nama, rekaan, warna dan tahun keluaran setiap satu daripadanya dengan tepat.
“Ingatan Joshua pada setiap model yang dikumpul sangat kuat. Di kalangan pengumpul dia diberikan gelaran ensiklopedia kerana keupayaannya itu,” ujar bapanya, Alvin Lim Eu Hoe, 41.
Minat Joshua mengumpul Hot Wheels bermula selepas dia menerima model Flame Rider Roadster keluaran 1994 yang merupakan salah satu daripada koleksi Alvin. Sejak itu, Joshua melakukan pelbagai cara untuk menambah koleksi.
Bagi pengumpul model Hot Wheels, mereka bukan sekadar mencari kuantiti sebaliknya berusaha keras untuk mendapatkan model (kereta, motosikal, keretapi dan pesawat) daripada edisi khas, terhad dan unik.
Antara yang menjadi kegilaan pengumpul adalah model terhad antarabangsa, Treasure Hunt (tempatan), model edisi khas dan tidak ketinggalan edisi 'cacat' yang mempunyai kesilapan cetak, warna atau pemasangan komponen.
Namun untuk mendapatkan model-model yang istimewa itu, 'pelaburan' yang perlu dibuat juga tidak murah.
Untuk mendapatkan model Treasure Hunt misalnya, Joshua perlu membeli setiap kotak yang mengandungi 76 buah kereta yang dikeluarkan Hot Wheels setiap bulan.
“Daripada 76 buah kereta akan ada sebuah model Treasure Hunt. Cara kedua adalah dengan mencari model bertanda hijau itu di pasar raya dan 7-Eleven,” jelas Joshua yang bercita-cita ingin menjadi pereka cipta kereta suatu hari nanti.
Edisi lebih istimewa adalah keluaran terhad 5,000 unit Hot Wheels yang dikeluarkan setiap tahun.
Edisi terhad itu bagaimanapun hanya boleh dibeli oleh 20,000 ahli Redline (kelab eksklusif Hot wheels) di seluruh dunia.
"Untuk mendapatkan edisi seperti itu memaksa saya dan Joshua berjaga sehingga pukul 2 pagi untuk membeli secara online,'' jelas Alvin.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: