Monday, August 2, 2010

Jangan harapkan FDI yang besar


JIRO SUZUKI (dari kiri), Motoko, Dr. Mahathir, Siti Hasmah dan Chef Yukichi memotong kek sempena pelancaran cawangan terbaru The Loaf di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Malaysia tidak boleh mengharapkan menerima pelaburan langsung asing (FDI) yang besar jumlahnya seperti sebelum ini kerana kini, kebanyakan negara dan syarikat asing tidak mempunyai wang untuk dilaburkan di luar negara, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka juga ingin melabur di negara sendiri berikutan kadar pengangguran yang tinggi di negara masing-masing.

"Oleh itu, hari ini, kita tidak boleh mengharapkan menerima kemasukan pelaburan langsung asing yang besar jumlahnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun keempat The Loaf, bakeri dan bistro ala Jepun yang beliau menjadi salah seorang daripada pemiliknya, di cawangan keempat The Loaf di IOI Boulevard, Puchong dekat sini semalam.

Dr. Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas Laporan Pelaburan Dunia 2010 oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang menyebut bahawa pengaliran masuk FDI ke Malaysia jatuh 81 peratus daripada RM23.47 bilion pada 2008 (AS$7.381 bilion) kepada RM4.43 bilion (AS1.381 bilion) tahun lepas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Pengarah Urusan The Loaf, Jiro Suzuki dan ibunya, Motoko Suzuki.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi The Loaf berkata, syarikat itu bercadang untuk menjadikan perniagaan berkenaan sebagai perniagaan francais dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: