Sunday, August 29, 2010

Jaga hospital positif syabu


SUSPEK (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Klang semalam selepas dikenakan perintah tahanan reman selama seminggu.


KLANG – Polis mengesahkan pengawal keselamatan yang menembak mati dua rakan setugasnya di kawasan letak kereta kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini awal pagi kelmarin bertindak selepas di bawah pengaruh dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, keputusan ujian saringan awal terhadap sampel air kencing suspek yang dilakukan di HTAR mengesahkan pengawal itu positif dadah berkenaan.

``Kami mengesahkan hasil ujian itu membuktikan suspek ketika kejadian dipengaruhi dadah tersebut,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: