Friday, August 27, 2010

Idola Remaja Korea Dikritik Kerana Gerak Tari Pinggul

Kumpulan 4minute

PENAMPILAN seorang ahli kumpulan idola 4minute, Hyun A dalam program televisyen Quiz To Change The World mengundang kritikan penonton di laman web stesen televisyen tersebut.

Ini kerana gerak tari pinggulnya dikatakan terlalu provokatif untuk artis semuda 19 tahun itu.

Dalam video tersebut, lensa memberi fokus kepada paha Hyun A ketika dia menggoyangkan punggungnya manakala beberapa tetamu lelaki bersorak gembira.

Tari pinggul Hyun A dalam program televisyen Quiz to Change the World mengundang kritikan penonton di laman web stesen televisyen tersebut.

"Memang benar sesetengah orang melihat tarian agak provokatif dan tidak sesuai, namun apa yang dia cuba tonjolkan adalah maksud lirik lagu itu," kata pengurus kumpulan tersebut.

"Syarikat kami tidak melihat gerak tarinya sebagai seksi," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: