
Penyerahan dokumen secara rasmi itu dilakukan pada majlis meletakkan batu asas tapak pembinaan hospital itu oleh Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Hamid, kelmarin.
Mapim mencadangkan pembinaan hospital dengan kos AS$40 juta (RM126 juta) bagi memenuhi keperluan perubatan kanak-kanak di Gaza.
Basem berkata, usaha Mapim membina hospital itu dihargai kerana melibatkan masa depan kanak-kanak di Gaza; malah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Gaza dan Mapim akan membantu kanak-kanak Palestin mendapatkan rawatan yang lebih baik dan menyeluruh.
“Selalunya pertubuhan lain membantu Gaza dari segi keperluan semasa tetapi Mapim menyediakan pelan jangka panjang dalam usaha memberikan kehidupan lebih baik kepada kanak-kanak Gaza,” katanya.
Gaza pada masa ini mempunyai sebuah hospital kanak-kanak bagi menampung keperluan perubatan golongan itu yang merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Gaza.
Pembinaan hospital seluas hampir 20,900 meter persegi itu dijangka bermula akhir tahun ini di bawah pemantauan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan boleh beroperasi menjelang 2012.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: