Thursday, August 19, 2010

Harga stabil selepas permintaan jatuh


PENIAGA di Pasar Wakaf Baru, Tumpat ini menjual ayam pada harga RM7.50 sekilogram selepas mendakwa menerima harga yang mahal dari pembekal.


KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi alasan penurunan harga ayam yang dijangka berlaku mulai semalam tidak menjadi berikutan permintaan terhadap barangan makanan itu masih tinggi.

Perunding Eksekutif FLFAM, Dr. Abd. Rahman Md. Salleh berkata, selagi permintaan tinggi, harga ayam tidak mungkin akan turun.

"Saya akui pernah kata harga ayam turun selepas seminggu Ramadan kerana kebiasaannya dalam tempoh itu orang ramai mula muak dan kurang makan ayam.

"Kita mungkin kena tunggu seminggu lagi sebelum permintaan terhadap daging ayam jatuh dan kesannya harga ternakan itu akan ikut turun,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian menjawab gesaan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam serta Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya FLFAM menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga ayam selepas seminggu Ramadan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: