
MADISON, Amerika Syarikat - Seorang pencuri melarikan beberapa barang dalam sebuah beg di belakang pemiliknya yang merupakan sebuah keluarga empat beranak yang sedang bergambar di bangunan Capitol di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Apabila gambar keluarga itu telah dirakamkan dengan kamera automatik, mereka mendapati barang seperti kad pengenalan, dompet wang, kunci kereta sewa, gajet iPad dan patung mainan kanak-kanak telah hilang.
Namun, apa yang menyebabkan mereka bernasib baik ialah gambar keluarga tersebut membantu suspek perompak itu ditangkap kerana ia merakamkan perompak sedang melarikan barang mereka pada minggu lalu.
Ketua keluarga empat beranak itu, John Myers kemudian menghubungi polis. Polis dapat mengenal pasti suspek berdasarkan gambar berkenaan sekali gus menyebabkan pencuri tersebut ditangkap dan barang dicuri diperoleh semula.
"Ia merupakan cerita percutian yang berlaku kesilapan tetapi berakhir dengan kegembiraan," kata isteri Myers, Katharine dari Bloomfield, New Jersey.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: