Friday, August 27, 2010
Fasha, Jejai nikmati bahagia bersama
Aktres jelita yang tidak pernah lekang dari kontroversi, Fasha Sandha, mengakui hatinya kini semakin bahagia bersama buah hati tersayang, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Malah jelas Fasha, sambutan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi lebih bermakna dengan kehadiran Jejai yang cukup istimewa di matanya.
“Sejak membuat pengakuan tentang hubungan kami, saya rasa semakin bahagia dan seronok. Malah saya tak rasa terkongkong lagi, kerana kami kini bebas untuk berjumpa,” kata Fasha yang mengharapkan agar hubungannya dengan bekas suami pelakon drama popular, Nora Danish, itu akan terus bertambah bahagia.
Seperti pasangan bercinta yang lain, Fasha juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan Ramadan bersama kekasih hatinya itu.
Malah tanpa berselindung, pelakon yang popular menerusi filem Nana Tanjung dan Anak Halal ini memberitahu, mereka sudah pun berbuka puasa bersama di sebuah hotel terkemuka di ibu kota beberapa hari yang lalu.
“Bulan puasa ini, kami memang sibuk dengan urusan masing-masing dan baru sekali berpeluang berbuka puasa bersama. Itu pun setelah diaturkan oleh Jejai,” jelas Fasha yang sibuk dengan penggambaran drama bersiri ‘Chinta’ untuk TV3, sepanjang Ramadan ini. Sudah sebati dengan gosip dan kontroversi, Fasha mengharapkan agar Ramadan kali ini memberikan lebih ketenangan pada dirinya. Bagaimanapun, selagi bergelar artis, anak jati Pulau Mutiara ini akui, selagi itulah dia akan terus dihambat dengan gosip dan kontroversi.
“Saya akui, saya agak nakal. Tapi saya percaya, saya semakin disayangi masyarakat. Ke mana saya pergi, tidak ada gangguan lagi. Dan orang boleh terima saya seadanya,” kata Fasha yang ditemui ketika pra tonton filem 4 Madu di e@The Curve, Damansara Utama, kelmarin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: