Thursday, August 19, 2010

Eva Longoria Jalani Program Amal

AKTRES Eva Longoria Parker (gambar) menjalani program lelongan amal untuk mangsa Haiti.

Menariknya, dia menggunakan akaun Twitter peribadinya untuk mengajak selebriti Hollywood lain yang mahu terlibat dalam program itu.

Menurut Contact Music, Rabu, Eva mempromosikan program tersebut kepada selebriti seperti Lady Gaga, Taylor Swift, Sean 'Diddy' Combs dan Mary J. Blige melalui laman web sosial itu.

Pelakon The Desperate Housewives ini turut mengajak selebriti berkenaan menyumbangkan barangan peribadi mereka untuk dilelong.

Cara yang dilakukan Eva tampak begitu efektif kerana ternyata beberapa selebriti seperti, Rosario Dawson dan Alyssa Milano bersepakat untuk turut serta dalam program tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: