Sunday, August 15, 2010

Dua Bekas Kekasih Brad Pitt Berganding

Jennifer Aniston

DUA pelakon jelita, Jennifer Aniston dan Juliette Lewis tidak menyangka akan digandingkan dalam sebuah filem terbaru mereka. Kedua-duanya menyedari pernah memiliki sejarah cinta bersama lelaki yang saya suatu masa dahulu.

Brad Pitt pernah menjadi kekasih hati kepada Aniston dan Lewis dan kini dua aktres itu harus memainkan watak sebagai sahabat baik dalam sebuah filem komedi romantik berjudul The Switch.

Tidak sekadar dalam lakonan, malah di luar set penggambaran juga memperlihatkan, Aniston dan Lewis sesuai menjadi sahabat baik. Mereka sering ketawa bersama dan menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual.

Lewis pernah menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun bersama Brad Pitt, manakala Aniston menjadi isteri Brad Pitt selama lima tahun sebelum Pitt menjalinkan hubungan dengan Angelina Jolie.

Bagaimanapun, kedua-dua jelitawan ini tetap menjaga rahsia dan priversi masing-masing. Mereka tidak bercerita tentang cinta ketika bersama Pitt dahulu.

"Kami saling mengetahu tentang kisah masing-masing. Tapi, kami tidak mahu mengenangnya kembali. Jennifer seorang yang sangat baik. Saya senang berkawan dengannya," kata Lewis seperti dipetik Hollyscoop.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: