Sunday, August 29, 2010

Dinar hanya boleh disimpan bukan diniaga


DINAR emas (atas) dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan baru-baru ini.


BACHOK - Kerajaan Pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, kerajaan Pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri itu cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang itu kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) dan boleh menganiayai orang ramai selain peniaga.

"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu, nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa," katanya selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin di Perupok di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: