|
|
KUNMING - Sebuah stesen televisyen menunjukkan detik-detik cemas seorang wartawan penyiaran wanita yang dihanyutkan oleh banjir lumpur diselamatkan oleh dua lelaki di barat laut China kelmarin.
Dua lelaki bergegas mendekati wartawan itu dan menarik tubuhnya bagi mengelak dia terus dihanyutkan arus deras.
Insiden berlaku selepas satu kejadian tanah runtuh menggegarkan bandar Puladi di wilayah Yunnan berikutan hujan lebat yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 67 orang hilang manakala jalan keluar dan masuk terputus.
Menurut agensi berita rasmi Xinhua, sembilan orang cedera serius manakala 25 lagi cedera ringan dalam kejadian tanah runtuh itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: