Tuesday, August 3, 2010

Bungkusan buah tangan


Allyn Rabiah Seddek


PEMBERIAN buah tangan adalah salah satu budaya masyarakat Melayu semasa melawat sanak saudara atau rakan-taulan.

Tetapi hari ini, senario tersebut walaupun masih lagi diamalkan tetapi ia telah dikembangkan lagi fungsinya apabila ia dimodenkan iaitu menjadi hamper yang sering diterima sempena hari perayaan sebagai tanda ingatan dan ikhlas kepada rakan atau pelanggan.

Bagi yang tidak mempunyai banyak masa mahupun kreativiti untuk menghasilkan cenderamata sendiri, anda tidak perlu khuatir kerana di pasaran terdapat banyak pilihan.

Hari ini, terdapat ramai pembuat hamper terutama sekali apabila tibanya musim perayaan.

Allyn Rabiah Seddek, 40, juga tidak terkecuali dan apa yang menariknya, hamper beliau selain diisi dengan biskut raya, beliau turut menawarkan hamper yang mengandungi barangan yang digunakan semasa beribadah seperti telekung, tasbih, surah Yassin dan juga minyak Attar.

Menurut Allyn Rabiah, untuk tahun ini beliau memberikan kelainan kepada hamper-hamper keluaran syarikatnya memandangkan saban tahun hamper yang mengandungi makanan sering menjadi pilihan.

''Hamper yang berisi makanan masih ada, tetapi saya lebih menekankan konsep hamper 'hadiah' untuk musim perayaan tahun ini.

''Hamper 'hadiah' yang disediakan turut terdiri daripada kombinasi makanan, telekung, sejadah, pinggan manggkuk, set sudu dan garfu dan sebagainya.

''Tahun ini saya membuat kelainan agar si penerima dapat menjadikan hamper tersebut sebagai kenangan selain dapat menyimpannya atau menggunakannya,'' ujarnya ketika ditemui di premisnya yang terletak di M-03B, tingkat mezzanine, pusat membeli-belah Ampang Point.

Tambah beliau, tahun ini juga beliau turut memberi kelainan daripada segi bakul yang digunakan.

Jika tahun-tahun sebelum ini beliau banyak menggunakan bakul mengkuang, tahun ini beliau menggunakan bakul kristal.

Keindahan seni hamper dan rasa biskut buatan sendiri yang lazat turut menjadikan hamper Allyn Rabiah mendapat tempahan daripada golongan kenamaan, tokoh-tokoh korporat serta syarikat-syarikat korporat.

Katanya lagi, setiap tahun pelanggannya akan bertambah dan beliau akan mula sibuk membuat persiapan sebelum Ramadan lagi.

Dia juga sentiasa memerah idea untuk memastikan setiap rekaan yang dihasilkan berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya dan pada masa yang sama mengambil kira cita rasa para pelanggannya.

Bagaimana dengan harga? Harga setiap hamper bergantung pada isi kandungan, bekas, saiz dan kesukaran menggubahnya.

Ia boleh didapati pada harga antara RM50 hingga RM500 bagi satu hamper manakala untuk hamper bajet ia boleh didapati pada harga serendah RM10.

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan hamper atau mendapatkan bakul serta kotak untuk hamper, sila hubungi Allyn Rabiah di talian 012-2899373 atau 03-42511488.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: