Sunday, August 29, 2010

Buka puasa tanda mohon maaf


MOHD. HASBI (kanan) bersalaman dengan tiga daripada empat remaja yang didakwa menyimbah cat di surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban kelmarin.


SEREMBAN – Bagi meredakan insiden empat remaja menyimbah cat dan membaling botol arak di surau Taman Pulai Impian, Sikamat di sini Isnin lalu, satu majlis berbuka puasa diadakan di surau itu malam kelmarin.

Majlis anjuran bersama antara MCA Negeri Sembilan, jawatankuasa surau dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan itu turut bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kaum.

Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Datuk Dr. Yeow Chiam Thiam; Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh; Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Abdul Halim Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa surau itu, Mohd. Hasbi Ismail.

2 comments:

  1. kecik2 tak nak mampos, dah besar menyusahkan org...patutnya budak2 ni masuk ISA ...baru padan muka...ini kes nak provok melayu la....

    ReplyDelete
  2. ah muka mmg samseng da besar msti jd along!
    pegi mampus

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: