
NAPLES - Seorang budak perempuan berumur 10 tahun, Imma Mauriello yang diselamatkan dari runtuhan bangunan di selatan Itali kini semakin sembuh, kata beberapa doktor semalam.
Menurut Timbalan Pengarah Hospital Santobuono di sini, Eduardo Ruotolo, budak itu terperangkap selama lebih 10 jam sebelum diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat kelmarin.
Dalam runtuhan apartmen itu, neneknya dan dua orang lagi terbunuh.
Beberapa pemeriksaan perubatan menunjukkan gadis itu berada dalam keadaan baik dan kini dirawat kerana kecederaan di kaki.
Menurut beberapa doktor, dia akan dibenarkan keluar dalam tempoh 30 hari.
Gadis itu dikeluarkan dari runtuhan bangunan setinggi dua tingkat di bandar Afragola dekat sini.
Datuk Bandar Afragola, Vincenzo Nespoli berkata, struktur bangunan yang dibina pada 1940-an itu rosak sekali gus menyebabkan ia runtuh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: