Saturday, August 14, 2010

Brabus Ultimate 112 Lambang Kemewahan

Brabus Widestar.

PETALING JAYA: Dengan kepelbagaian warna yang diidamkan dan kokpit yang diingini oleh pemilik, Brabus Ultimate 112 adalah sebuah kenderaan yang pastinya akan melambangkan citarasa tinggi pemiliknya.

Dikeluarkan melalui edisi terhad, Brabus 112 yang mewakili enjin 112hp adalah sebuah karya eksklusif berdasarkan model Smart ForTwo Cabrio dan pengeluarannya terhad kepada 112 unit di seluruh dunia.

Berkonsepkan kereta sukan, Ultimate 112 mewakili gabungan unik dengan prestasi bergaya, pengendalian tangkas dan penggunaan peralatan berkualiti - semua ini mengikut cara Brabus.

Bakal dipamerkan secara eksklusif di pusat membeli belah Bangsar sehingga Ahad ini, penggemar kereta ini boleh melihat sendiri kehebatan Ultimate 112 dari 10 pagi sehingga 10 malam.

Selain cat kereta yang boleh dipilih sendiri oleh pengguna, kenderaan itu turut dilengkapi dengan pelbagai aksesori lain yang bakal memperlihatkan kehebatannya kepada pengguna.

Selain itu, Brabus Monoblock VI warna hitam berkilau turut dilengkapi dengan rim berkembar dengan saiz 7Jx18 dan saiz 205/35 R 18 sesuai untuk tayar prestasi tinggi.

Kelebihannya jelas apabila rim 8.5Jx18 untuk tayar belakang dengan saiz 235/30 R 18 akan memberi lebih cengkaman untuk kuasa enjin di jalan raya.

Brabus ultimate 112.

Tidak cukup dengan itu, satu set gegelung ketinggian Brabus dan mudah untuk dilaras melengkapkan pakej pengendalian 112. Pengubahsuaian ini menawarkan platform paling sesuai untuk Brabus yang berkuasa tiga buah silinder enjin turbo dengan enjin 112hp pada 5,750rpm.

Lebih penting, untuk setiap pemanduan kelas kenderaan tork puncak luar biasa sehingga 150Nm dan dapat mengenai julat putaran luas dari 3,300 kepada 3,900rpm.

Hadir dalam dua transisi automatik dan dengan stereng mengayuh seperti dalam Formula 1, dayungan berkuda Ultimate 112 dibentuk secara ergonomik.

Kemuncak kepada semua kecanggihan Ultimate 112, rona lembut dan kelim yang teliti menggamit pesona yang melihat terhadap kemasan tempat duduknya dan kemewahan hiasan dalaman melengkapkan kenderaan itu.

Menggambarkan Ultimate 112 sebagai satu contoh pengkhususan eksklusif program Brabus, ia dilihat dapat melanjutkan bagi model sedia ada Mercedez-Benz yang lain.

Pameran kereta itu di Bangsar adalah satu cara untuk jenama itu mencapai pelanggan dengan barisan lebih baik dan kontemporari sebagai satu langkah untuk meningkatkan pengalaman Brabus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: