PHOENIX - Seorang banduan berbahaya di Amerika Syarikat (AS), John McCluskey yang melarikan diri dari sebuah penjara di Kingman, Arizona pada 30 Julai lalu ditangkap bersama tunangnya, Casslyn Welch kelmarin..
Mereka yang sedang bersembunyi di tapak perkhemahan Taman Negara Apache-Sitgreaves ditemui oleh petugas perhutanan yang kemudian menghubungi pejabat Syerif Apache County.
Dua pistol turut ditemui selepas anggota-anggota polis tindakan khas SWAT mengepung Welch sebelum menangkap McCluskey yang sedang tidur.
McCluskely menyuarakan kekesalannya kerana tidak membunuh seorang renjer hutan yang menyebabkan mereka ditangkap.
McCluskey dihukum penjara 15 tahun kerana melakukan pembunuhan, serangan ganas dan senjata api.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: