
SELEPAS melalui pelbagai kontroversi, juara program realiti One In A Million (OIAM), Norayu Damit(gambar), 21, mengakui perjalanan seninya agak perlahan, namun begitu dia tidak pernah menyesali perjalanan hidupnya.
"Apa yang sudha berlaku dalam hidup Ayu adalah pilihan sendiri, jadi Ayu tidak boleh menyesal dengan apa yang berlaku. Apa yang kita buat sama ada baik buruk kita perlu tanggung dan hadapi.
"Apa pun yang telah terjadi Ayu ambil sebagai iktibar dan pengajaran untuk hari-hari seterusnya, sekarang Ayu bahagia dengan keluarga Ayu walaupun Ayu akui perjalanan seni Ayu sedikit perlahan," jelasnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya, Sabtu.
Selain itu, kemunculan artis-artis baru dibawah label yang sama iaitu Monkey Bone dilihat sedikit sebanyak seperti memberi kesan kepada anak kelahiran Sabah ini.
"Saya faham pihak pengurus perlu menguruskan banyak lagi artis yang lain, jadi saya tidak mahu perkara itu terlalu tergesa-gesa sehingga menjejaskan kualiti album.
"Mengikut kontrak, saya masih berhutang empat album lagi bersama Monkey Bone, setakat ini saya tidak rasa tersisih dari syarikat rakaman kerana artis-artis baru," ujarnya yang baru sahaja bergandingan dengan Hafiz dan Aril AF dalam album Hangatnya Raya.
Bercerita tentang Ramadan, Ayu memberitahu Ramadan kali ini lebih bermakna kerana disambut bersama sebuah keluarga yang sempurna.
"Semestinya berlainan dengan Ramadan sebelum ini. Kali ini saya sambut dengan keluarga sendiri dan orang-orang yang tersayang tentunya lebih bermakna.
"Namun buat masa ini, anak saya dijaga oleh ibu saya di Sabah. Tapi Insyaallah pertengahan bulan ini saya akan balik Sabah dan sambut bersama-sama keluarga di sana," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: