Tuesday, August 17, 2010

ATM AmBank menang anugerah


BOON TIONG (kiri) menerima anugerah daripada Wan Peng pada satu majlis di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – AmBank (M) Bhd. (AmBank) telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Keselamatan Enterpris di dalam anugerah ICT Share/Guide Association (M) (SGAM) 2010.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank, Mohamed Azmi Mahmood berkata, anugerah itu mengiktiraf komitmen pihaknya dalam menyediakan perkhidmatan sambungan tanpa wayar keselamatan yang menggunakan isyarat tanpa wayar sedia ada seperti 3G yang disediakan oleh Celcom dan DiGi, bagi mesin juruwang (ATM).

"AmBank telah mengambil langkah agresif dengan menambah baik perkhidmatan sedia adanya dengan menawarkan akses yang lebih meluas serta mudah kepada para pelanggannya khusus bagi perkhidmatan bagi mesin layan diri seperti ATM dan mesin deposit tunai di lokasi bukan bank,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: