ARLINGTON - Seorang askar Amerika Syarikat (AS) selamat daripada maut selepas payung terjunnya tersangkut pada sebatang tiang bendera di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden mencemaskan itu berlaku baru-baru ini ketika askar berkenaan mengambil bahagian dalam satu pertunjukan payung terjun untuk para peminat besbol di negeri Texas.
Malangnya, selepas melakukan terjunan, angin kencang membawa dia jauh dari tempat mendarat yang sepatutnya sehingga menyebabkannya tersangkut pada hujung tiang bendera paling tinggi di Stadium Arlington.
Askar itu kemudian bertindak nekad menanggalkan payung terjunnya menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian beberapa meter ke lantai sebelum dibantu oleh beberapa petugas di lokasi itu.
"Tiada masalah. Ini satu insiden kecil dan saya selamat," katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: