Wednesday, August 25, 2010

Apa Hal Farid Kamil? Astro Masih Belum Terima Alasan

Imej terbaru aktor atau pengarah Farid Kamil dalam filem Apokalips (2010).

PETALING JAYA: Aktor Farid Kamil yang dikatakan mempunyai maslah disiplin sejak kebelakangan ini masih diam membisu dan tidak memberi sebarang alasan berhubung kegagalannya menghadiri rakaman Kampung Prima:Babak 105 terbitan Astro Prima pada 13 Ogos lalu.

Pengurus Salurannya, Nizam Sani berkata sehingga hari ini pihaknya tidak mengetahui apakah sebab pelakon itu gagal hadir untuk rakaman berkenaan.

“Kami masih belum menerima apa-apa alasan daripada Farid kenapa dia tidak hadir untuk rakaman itu sedangkan pada sebelah siangnya dia ada muncul untuk melihat set. Kami cuma bimbang dia ada kes kecemasan kerana dia tiba-tiba tidak muncul seperti yang diharapkan tanpa memaklumkan kepada pihak Astro,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Sebelum ini produser David Teo mengakui Farid Kamil seorang yang berdisiplin dan tidak mungkin dia menimbulkan masalah kepada produksi berkenaan sekiranya tiada sebab yang berlaku.

David turut beranggapan Farid mungkin tertidur menyebabkan pelakon itu tidak muncul untuk turut serta dalam produksi berkenan.

Menurut Nizam, Unit Bakat stesen televisyen itu juga masih gagal mendapatkan Farid bagi mendengar penjelasannya walaupun selepas berita mengenai kegagalan Farid untuk muncul dalam rakaman berkenaan disiarkan media.

Sementara itu Penerbit Eksekutifnya, Nizam Hamid pula berkata, rakaman program itu diteruskan tanpa kehadiran Farid.

Bagaimanapun dia berharap penonton boleh menerima program Hari Raya bercorak komedi muzikal itu yang akan disiarkan menerusi Astro Prima pada Hari Raya kedua nanti pukul 10.30 pagi.

Selain Farid yang sepatutnya berlakon, muzikal berkenaan turut dibintangi pelakon-pelakon seperti Johan, Zizan, Saleh Yaacob dan Julia Ziegler.

Farid merupakan artis eksklusif Astro selain Erra Fazira dan Aaron Aziz.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: