Thursday, August 5, 2010

Anak Mahu Janggut Brad Pitt

PELAKON Brad Pitt mungkin akan kembali menyimpan janggut kerana anak-anak tidak suka melihat wajahnya selepas bercukur.

Bintang ‘Fight Club’ itu yang mempunyai enam orang anak bersama pasangannya, pelakon Angelina Jolie baru-baru ini membuat keputusan mencukur janggut.

Bagaimanapun, sumber menyatakan anak-anak tersebut tidak menyukai imej ayah mereka itu.

“Ange sukakan wajah yang bersih tetapi anak-anaknya tidak,” lapor Daily Express yang memetik sumber rapat pasangan terbabit.

“Mereka suka menarik janggut tersebut. Maddox terutamanya yang mendesak supaya Brad menyimpan kembali janggutnya,” kata sumber tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: