Tuesday, August 17, 2010

Anak Katie Holmes Reka Pakaian Sendiri

-

PELAKON Katie Holmes (gambar) berkata, anak perempuannya, Suri, 4, sudah tahu mereka bentuk pakaiannya sendiri.

Holmes yang mempunyai butik pakaian sendiri, Holmes And Yang berkata, Suri berbakat besar menjadi pereka bentuk fesyen.

"Saya bersama-sama Suri mereka bentuk pakaiannya. Dia akan memilih dan mereka bentuk pakaian sendiri sejak berusia setahun setengah," katanya kepada media.

Isteri kepada aktor terkenal, Tom Cruise itu berkata, dia mula membuat pakaian selepas Suri dilahirkan.

Kata Holmes, dia ingin mencipta sesuatu khas untuk anak kesayangannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: