Tuesday, August 17, 2010

Amaran jual berlian Zimbabwe


GAMBAR fail bertarikh 1 Novermber 2006 menunjukkan lombong berlian di Marange, Zimbabwe.


HARARE, Zimbabwe - Salah sebuah pertubuhan rangkaian pedagang berlian terbesar di dunia semalam memberi amaran akan memecat ahli-ahlinya yang sengaja memperdagangkan berlian dari Zimbabwe.

Sebelum ini, berlian negara Afrika itu digelar 'berlian berdarah' ekoran pengeluarannya dicemari dakwaan pembunuhan dan pelanggaran hak asasi manusia.

Pertubuhan Rangkaian Pedagang Rapaport yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) memberitahu, ia juga tidak teragak-agak untuk menyiarkan nama ahli-ahlinya yang menjual berlian Zimbabwe.

Pada minggu lalu, Zimbabwe mengadakan lelongan pertama berliannya melibatkan 900,000 karat sekali gus menamatkan sekatan selama sembilan bulan olah skim pemantauan berlian antarabangsa, The Kimberley Process.

Skim tersebut meluluskan berlian dari dua lombong di Zimbabwe yang didapati beroperasi pada standard minimum antarabangsa.

Pertubuhan Rangkaian Pedagang Rapaport bagaimanapun tidak memberi jaminan bahawa berlian-berlian tersebut bebas daripada pelanggaran hak asasi manusia.

Beberapa pertubuhan hak asasi manusia telah merekodkan pelanggaran hak asasi manusia yang berleluasa di beberapa kawasan perlombongan permata di bandar Mutare, timur Zimbabwe sejak 2006.

Antara perlanggaran itu melibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 214 orang yang didakwa pelombong haram oleh tentera Zimbabwe selain penggunaan buruh paksa, buruh kanak-kanak, rasuah dan penyeksaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: