RATU cantik Aishwarya Rai Bachchan (gambar), yang memiliki sepasang mata hijau indah, memutuskan untuk mendermakan matanya selepas dia meninggal dunia satu hari nanti.
Dengan idea yang mulia itu, model yang juga pelakon ini akan terus "hidup" di bumi ini walaupun setelah kematiannya.
Aishwarya akan menyumbangkan matanya kepada Eye Bank Association of India, yang menyebarkan kesedaran tentang kepentingan menderma mata.
Dia menjelaskan, dia mengambil keputusan ini kerana orang lebih mengenalinya kerana matanya.
Seorang pelakon veteran Bollywood, Om Puri menyokong keputusan Aishwarya sepenuhnya untuk menyumbangkan mata.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: