Nafsu membuat manusia jadi buta. Kasih sayang yang terjalin dengan isteri yang sah tidak menjanjikan apa-apa sementelah sang suami lebih suka berfoya-foya dengan pembantu rumah dan menjalin hubungan selama 8 tahun lamanya tanpa dapat dihidu oleh isteri.
Begitulah kehidupan bekas anggota kumpulan Bee Gees, Robin Gibbs dan isterinya Dwina Murphy. Dwina rasa betul-betul tertipu dengan sandiwara suaminya selama ini apabila dia mendapat tahu yang suaminya adalah ayah kepada anak orang gajinya, Claire Yang.
Walaupun Dwina adalah seorang biseksual, pendedahan yang baru diterimanya benar-benar memberi tamparan hebat kepada dirinya. Selama ini, Dwina hanya mengetahui bahawa suaminya menjalin hubungan dengan Claire selama lapan tahun tapi dia tidak pernah menghiraukan kerana beranggapan ianya hanya cakap-cakap orang.
Namun setelah dia mendapat tahu yang Claire telah melahirkan anak hasil hubungannya dengan Gibbs, 3 bulan lalu, dia betul-betul rasa ditipu.
"Dia rasa tertipu," kata sahabat Dwina kepada sebuah akhbar baru-baru ini.
Dwina, yang kini tinggal di rumah mewah kepunyaan dia dan Gibbs di Oxfordshire mansion, betul-betul rasa kecewa dan tertekan.
"Dia benar-benar marah...," kata temannya.
"Saya rasa dia akan berbuat sesuatu kerana dia tidak boleh meneruskan kehidupan begitu saja tanpa mengambil tindakan."
Sementara itu, Claire dan anaknya kini menginap di sebuah rumah yang disewakan oleh Gibbs.
ish3....x der keje buat mende tu?
ReplyDelete