Tuesday, February 10, 2009

Konsert Rihanna ditangguhkan, punca tidak diketahui!

Rihanna, turut menarik diri dari menjayakan persembahan di Aungerah Grammy ke-51 semalam tanpa diketahui punca sebenar.

[SEMASA] PETALING JAYA:Konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Jumaat ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Perkara tersebut disahkan oleh penganjur konsert tersebut, Pineapple Concerts Sdn Bhd melalui kenyataan akhbar yang diemelkan kepada mStar online hari ini.

Menurut Pengurus Operasi Pineapple Concert Sdn Bhd, Razman Razali pihaknya terpaksa menangguhkan konsert tersebut setelah pihaknya memperoleh kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Rihanna, William Morris Agency di Los Angeles (LA).

"Dengan perkara terkini yang melanda Rihanna ketika ini, pihak pengurusannya di LA meminta tempoh dua minggu untuk menetapkan semula tarikh baru bagi konsert berkenaan.

Tarikh tersebut juga telah dipersetujui oleh pihak kami sebagai pengajur dan Rihanna sendiri," kata Razman.

Razman sekali lagi menegaskan bahawa konsert tersebut tidak dibatalkan sebaliknya ditunda untuk satu tempoh masa yang akan ditetapkan.

"Bagi mereka yang sudah membeli tiket untuk menonton konsert berkenaan, mereka diminta bersabar dan menunggu tarikh baru untuk konsert terseut.

"Kami memohon maaf atas penangguhan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini,anda boleh mengemelkannya ke bahagian perhubungan awam syarikat kami di media@pineappleconcerts.com,"ujar Razman.

Aksi menarik dari penyanyi Rihanna ketika membuat persembahan.

Semalam ketika berlangsungnya Anugerah Grammy ke-51, Rihanna turut menarik diri disaat-saat akhir.

Beliau sepatutnya mempersembahkan lagu 'Live Your Life' dan 'Disturbia' manakala Brown pula menerusi lagu 'Forever'.

Kedua-duanya turut dicalonkan di dalam katogeri vokal bagi kolaborasi; Brown bersama Jordin Sparks manakala Rihanna dicalonkan bersama Maroon 5.

Difahamkan, punca bintang tersebut menarik diri adalah disebabkan kekasihnya, Chris Brown yang ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis selama 90 minit ekoran dituduh menyerang seorang wanita yang tidak dikenali kelmarin.

Brown yang turut tercalon serta dijadualkan membuat persembahan pada Grammy kali ini dikatakan telah pergi ke balai polis untuk disoal siasat dan menurut jurucakap polis, Brown bagaimanapun tidak ditahan.

Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan melahirkan rasa kecewa dengan keputusan kerajaan yang meluluskan sebuah syarikat telekomunikasi tempatan menaja dan menganjurkan program konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur pada 13 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, mereka telah banyak kali berbincang bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) supaya diadakan tapisan bagi membenarkan mereka membuat persembahan di negara ini.

"Namun, keputusan ini sungguh mengecewakan walaupun kementerian memberi jaminan pihak penganjur telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian.

"Rihanna dijangka membuat persembahan mengikut ketetapan, namun dikhuatiri imej sebenar artis ini yang berkecimpung dalam genre R&B, Pop, Pop-Rock dan Reggae Bering membawa aksi yang mengghairahkan dalam penyampaian lagunya di samping mengenakan pakaian ketat dan seksi," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: