NAMPAKNYA warna hitam menjadi pilihan kebanyakan selebriti popular yang hadir pada Anugerah Grammy ke-51 yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, California, Amerika Syarikat, semalam.
Penyanyi remaja Miley Cyrus antara yang mencuri tumpuan ramai dengan gaun labuh hitam yang menyerlahkan keanggunannya Taylor Swift turut memilih rekaan gaun hitam untuk digayakan pada Anugerah Grammy Walaupun nampak 'simple', Keyshia Cole tetap kelihatan menarik dengan pilihan warna hitam Gaun hitam bercorak cukup menarik dipadankan oleh Jordin Sparks Adik-beradik The Jonas Brothers tampak segak dengan sut hitam Jason Mraz memang terkenal dengan gaya santainya. Mengenakan sut hitam beserta topi, Jason tetap nampak bergaya! Perincian labuci membuatkan 'dress' yang digayakan oleh Fantasia Barrino ini nampak 'mewah' 'Dress' biasa ini nampaknya gagal menyerlahkan Duffy pada majlis anugerah Grammy ini. Terlalu 'biasa' untuk majlis berprestij seperti ini! Penyanyi lagenda Cyndi Lauper juga memilih hitam sebagai warna tema 'dress' kali ini Sheryl Crow juga tidak kalah gaya apabila muncul dengan gaun biru tua yang nampak menyerlahkan lagi ketinggiannya Paula Abdul dengan gaun berwarna kuning yang nampak cukup 'stylo' dan elegan Selebriti yang tidak pernah lekang dengan kontroversi ini memang tidak perlu disangkal lagi tentang gaya fesyennya. Di mana-mana majlis, Paris Hilton adalah antara selebriti yang akan tampil dengan gaya hebat Mungkin ingin menjadi lain dari yang lain, tapi rasanya gaya pilihan penyanyi M.I.A ini cukup pelik! Atau mungkin juga penyanyi ini sukar memilih rekaan yang sesuai dengan keadaannya yang sedang mengandung? Gaun labuh yang sarat dengan perinci labuci menyerlahkan lagi tubuh montok Leona Lewis Nampaknya, penyanyi Lee Ann Rimes memilih untuk tidak terlalu 'berhias' pada Anugerah Grammy kali ini dan hanya selesa dengan 'dress' biasa Penyanyi yang sedang meningkat naik, Katy Perry nampak comel dengan gaun merah jambut yang cukup 'simple' Model dan pelakon, Bai Ling dengan gaun merah jambu berbentuk reben Antara artis-artis yang tampil dengan busana hitam ialah penyanyi remaja popular Miley Cyrus, Duffy, Jordin Sparks, Taylor Swift, penyanyi lagenda Cyndi Lauper dan Keyshia Cole. (Foto: REUTERS, AP & AFP)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: