Saturday, February 7, 2009

Berlian Swarovski dan renda mewah Itali pilihan Linda

PETALING JAYA: Gaun petang rekaan Syaiful Bahrim yang bakal digayakan oleh koreografer Linda Jasmine Hashim dianggarkan berharga lebih daripada RM15,000.

Gaun yang direka khas yang elegant dan potongan melekap di badan tersebut telah disiapkan selepas mengambil masa selama sebulan.

Linda ketika sampai di Butik Syaiful Bahrim, Sri Hartamas. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN

Difahamkan harga fabrik jenis chiffon dan ‘fancy’ berupa renda mewah dari Itali dan berwarna 'vintage cream' 'off white' yang dibekalkan oleh Butik Jakel itu anggaran RM15,000.

Syaiful bertindak selaku pereka gaun petang yang bakal dipakai oleh Linda semasa upacara persandingan nanti.

"Apa yang menyukarkan saya untuk membuat gaun ini adalah jenis kain dan masa. Saya perlu memotong kain ‘fancy’ dengan berhati-hati.

Linda tertarik dengan salah satu pakaian rekaan Syaiful Bahrim yang terdapat di butik tersebut.

"Saya juga bimbang sekiranya kain chiffon yang dipotong pecah. Jadi, saya perlu memberikan perhatian yang lebih kepada gaun pengantin ini," kata Syaiful mengenai gaun yang menggunakan khidmat lima orang tukang jahit ini.

Linda melihat fabrik jenis 'chiffon' dan 'fancy' berupa renda mewah yang digunakan untuk gaun pengantinnya.

Linda hanya membenarkan jurufoto merakamkan gambar cebisan fabrik serta rekaan gaun pengantin itu atas alasan mahu bersikap adil dengan pereka baju pengantinnya yang lain iaitu Datin Sharifah Kirana dan Calvin Thoo.

Rekaan gaun petang potongan melekap di badan yang bakal digayakan oleh Linda.

"Saya rasa lebih baik tak payah tunjuk kerana pereka lain tidak mahu menunjuk rekaan masing-masing. Jadi, tidak adil pula untuk mereka," tutur Linda yang turut hadir bersama sepupunya, pelakon dan penyanyi Jeslina Hashim.

Linda hadir ke butik tersebut bersama sepupunya, Jeslina Hashim.

Selain Linda, Syaiful juga berpengalaman membuat baju pengantin pelakon dan penyanyi Maya Karin.

Keceriaan Linda terserlah menanti hari bahagianya dengan Que Haidar.

Menurut Saiful, selain gaun, pengantin, dia juga bertindak menggubah hantaran perkahwinan Linda dan aktor Que Haidar.

Norlinda menunjukkan kasut Lewre yang akan disarungkan oleh Linda semasa majlis perakhwinannya nanti.

Hantaran tersebut adalah cincin untuk Que, cincin untuk Linda, Al-Quran serta mas kahwin.

Linda menunjukkan bantal yang bakal didudukinya semasa majlis pernikahannya nanti.

"Saya akan menggunakan bunga-bunga ros segar berwarna putih untuk menghias hantaran-hantaran itu," ujar Syaiful.

Linda merenung tepak sirih antara hantaran yang bakal disediakan nanti.

Dalam pada itu, Norlinda Jamaludin daripada kasut Lewre turut hadir ke butik tersebut untuk meminta Linda mencuba kasut yang ditempahnya itu.

Difahamkan, kasut yang bakal disarungkan oleh Linda semasa majlis perkahwinannya pada 14 Februari ini berharga lebih RM2,000.

Yang menariknya tentang kasut berwarna ‘silver’ itu, ia akan dihiasi oleh berlian Swarovski.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: