Tuesday, February 17, 2009

Aksi cium dalam kereta


SEPANDAI-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Peribahasa Melayu yang sering SS dengar sedari kecil ini mengingatkan kita betapa hidup harus jujur kerana setiap pembohongan dan kejahatan yang dilakukan akhirnya akan terbongkar juga.

Keindahan peribahasa itu dengan gosip yang ingin SS ceritakan ini ada kaitan sebenarnya. Ia berhubung perihal seorang artis wanita cukup kontroversi dan gemar merampas suami orang. Penafian demi penafian dilakukan berhubung kisah cintanya dengan bekas suami 'seorang artis wanita jelita'.

Walhal sudah terang lagi bersuluh memang di antaranya dengan jejaka yang dimaksudkan sudah lama menjalinkan hubungan sulit sebelum teman lelakinya itu bercerai lagi.

Baru-baru ini misalnya, skandal antara mereka sudah dibuktikan melalui rakaman video, namun artis wanita ini terus-terusan menafikannya sebabnya tiada adegan mereka berjalan seiring. Sudah kantoi masih cuba menyusun perkataan mempertahankan diri.

Mungkin dia fikir semua orang berfikiran seperti dia dan boleh terima apa saja penjelasan tanpa berfikir secara logik. Nak dijadikan cerita, hujung minggu yang lalu, aktres yang memang cantik dari luaran ini 'berdating' dengan teman lelakinya itu di salah satu kelab terkenal ibu kota.

Kawan SS nampak perlakuan tidak senonoh artis ini dengan mata kepalanya sendiri sambil diperhatikan teman yang lain. Mereka duduk di satu sudut agak terpencil dalam keadaan sangat romantik.

Tak cukup dengan itu, sewaktu hendak pulang, kawan SS yang sedang bergayut di luar kelab tiba-tiba terkejut beruk melihat aksi pelakon ini dan pasangannya cium mulut di dalam kereta yang berada di hadapan kelab. Biasalah, kereta mewah mestilah pakai 'jockey' dan tentu dapat disaksikan orang. Lainlah kalau di tempat letak kereta yang sunyi.

Sudahlah rampas suami orang, tanpa segan silu berkelakuan sumbang di depan ramai. Di manalah letak maruahnya sebagai seorang wanita. Malah SS sendiri sebenarnya keliru sebenarnya istilah artis itu mengenai perhubungan mereka.

Apakah ciuman seperti itu sebagai perkara biasa dan tiada apa-apa hubungan? Mungkinlah begitu kerana artis itu memang seorang yang peramah dan mesra orangnya.

6 comments:

  1. ini fasha sandha lah nie...sapa lagi!

    ReplyDelete
  2. ish3...kau ni,x bek tau tuduh2 owg cm 2...gler aper???????

    ReplyDelete
  3. Fasha Sandha tu, dia isu panas rampas laki orang sejak brapa lama ni... Ewww... laki orang tu pun disgusting

    ReplyDelete
  4. sepatutnya dia tak boleh buat mcm tue............Dasar Gedik

    ReplyDelete
  5. fasha sanda le tu... pas nikah nti,cerai plak.. pastu p crik laki len. apa la mlsh tentang artis2 malaysia skrng ni.x paham...

    kita hanya berdoa untuk mereka je..agar kekal bahagia di dalam rumah tangga.

    ReplyDelete
  6. aksi cium! aksi cium!

    lu tu manusia!!
    bernafsu!!
    bkn malaikat!!
    kalau setan dh mcm utang keliling pinggang lu pon x terckp pnylah!

    lu lg skali kasi HISAP MAT!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: