Sunday, June 28, 2009

Rita Rudaini bersedia nak bersalin

Pelakon Rita Rudaini yang sekarang tengah sarat mengandung nampaknya dah tak sabar-sabar dah nak timang cahaya mata. Mengikut jangkaan doktor, Rita dijadual bersalin pada 23 Julai nanti atau mungkin awal dari tarikh itu.

Masa Niezam berborak dengan Rita petang Rabu lalu, Rita bercerita mengenai usia kandungan dia yang tengah sarat tu.

Kata Rita, kadang-kadang perut dia pun rasa sakit-sakit seperti ada orang tendang. Yalah… anak pemain bola la pula mesti la dia nak jadi macam ayahnya, Aidil Zafuan.

Mengikut cerita Rita, doktor menjangkakan dia akan bersalin pada 10 Julai nanti iaitu 12 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya. Sekarang ni Rita tengah sibuk buat pemeriksaan di hospital.

Katanya minggu depan merupakan minggu terakhir untuk dia berjumpa doktor sebelum dibenarkan masuk ke wad untuk menantikan saat-saat manis melahirkan bayi. Mengikut jangkaan pasangan suami isteri sensasi ni akan dikurniakan bayi lelaki.

Dalam tempoh mengandung, kata Rita dia tak ada masalah sangat cuma kalau boleh dia nak cepat bersalin. Bukan apa sebabnya dia agak penat mengandung anak pertama.

Niezam tanya kenapa jadi macam tu rupa-rupanya Rita mengaku bukan mudah sebenarnya nak jadi seorang ibu. Bila mengandung baru la dia tahu banyak cabaran sebelum boleh melahirkan seorang anak.

"Nak ikutkan sekarang ni Rita memang tak boleh nak duduk atas kerusi macam orang biasa. Kalau duduk akan rasa sakit. Maklumlah perut semakin besar. Rita terpaksa baring saja. Perut pun selalu juga memulas macam orang nak buang air besar. Tapi syukurlah setakat ni doktor kata anak dalam perut sihat," katanya.

Cuma dalam tempoh "menghitung hari" ni doktor dah pesan kepada Rita jangan banyak berjalan takut nanti beranak pula di tengah jalan. Pendek kata dia boleh beranak bila-bila masa saja sekarang ni.

Dalam masa yang sama Rita pun sempat juga minta kepada semua peminatnya supaya mendoakan dia agar dapat bersalin dalam keadaan selamat selain mendoakan kebahagiaan rumah tangganya. Insya-Allah… kalau benda yang baik kita minta, yang baiklah akan datang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: