Sunday, June 28, 2009

Artis mana bomohkan wartawan?

SEKARANG ni heboh orang bercerita kisah seorang pelakon popular yang kononnya telah buat aniaya terhadap seorang wartawan hiburan.

Niezam pun tumpang sedih bila dapat tahu kisah melibatkan seorang rakan wartawan yang terkena perbuatan tidak bermoral artis popular ni.

Mengikut ceritanya, artis ni sudah lama berdendam dengan wartawan berkenaan gara-gara menulis sesuatu yang dikatakan telah menyinggung perasaannya.

Biasalah… dalam dunia hiburan kalau tak ada gosip, tak ada usik mengusik tu, tak meriahlah.

Khabarnya kerana tak tahan dengan teguran yang dibuat oleh wartawan itu , si artis dipercayai telah bertemu dengan seorang bomoh dengan tujuan untuk santau wartawan tersebut.

Perbuatan artis itu terbongkar apabila pada suatu hari wartawan berkenaan tiba-tiba pengsan dan mengalami perasaan cemas yang luar biasa.

Dek kerana berlaku sesuatu yang tidak pernah dirasainya maka dia dibawa bertemu dengan seorang ustaz untuk berubat. Khabarnya masa berubat tu keluar benda kotor daripada badan wartawan berkenaan.

Nak dijadikan cerita rupa-rupanya sebelum kejadian pengsan itu ada orang nampak artis popular yang dimaksudkan pernah berada di parking yang menempatkan kereta wartawan tersebut.

"Orang tu nampak artis berkenaan menabur sesuatu pada kereta wartawan itu," jelas satu sumber.

Niezam tanya lagi macam mana dia tahu benda yang ditabur tu kemenyan? Kata sumber itu lagi masa kawannya hendak masuk ke kereta yang diletakkan berdekatan kereta si wartawan, hidung dia sudah menghidu sesuatu seorang-olah ada orang membakar kemenyan.

Kalau benarlah artis yang dimaksudkan melakukan perbuatan terkutuk itu, harap-harap dia insaf. Ingatlah dosa besar apabila melakukan syirik kepada Allah.

Dalam masa yang sama juga Niezan harap kita juga janganlah cepat percaya tuduhan mengenai perbuatan artis itu. Bukan apa takut nanti mungkin ada orang sengaja buat cerita nak melagakan si artis dengan wartawan.

1 comment:

  1. "Biasalah… dalam dunia hiburan kalau tak ada gosip, tak ada usik mengusik tu, tak meriahlah."
    yups..that's the fact.. disebabkn wartawan yg suka mbawa cerita buruk artis or maybe sbb cerita murahan yg xhabis2, ni la jadinya..jgn salahkan artis!tp jgn salahkan juga wartawan,sbb itu kerja mereka.jd yg terjadi masing-masing menjadi pengajaran dan iktibar..pandai bawa cerita pandailah jaga diri sndiri..^^
    inikan dunia hiburan..so terimalah padah utk diri-sendiri..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: