Monday, June 29, 2009

Dengarnya...: Bila giliran Aqasha jadi pengantin?


SUDAH beberapa kali Cik Normah perhatikan kebaikan dan kesudian Aqasha meluangkan masanya untuk menjadi pengapit pengantin untuk beberapa rakannya. Beberapa tahun dulu, Aqasha pernah menjadi pengapit ketika persandingan pengarah Rashid Sibir. Baru-baru ini, Aqasha turut memikul tugas yang sama ketika majlis kahwin, Adlin Aman Ramlie pula.

Bukan sekali, sebaliknya dua kali Aqasha mengiringi perkahwinan Adlin dan Emelda Rosmila. Kali pertama di Ipoh, Perak dan kali kedua ketika majlis sambut menantu di Meru, Klang. Siapa tahu, mungkin Aqasha nak ambil berkat barangkali. Mudah-mudahan selepas ini Aqasha pula yang ke jenjang pelamin.

Apa yang Cik Normah perhatikan, Aqasha cukup menghargai nilai persahabatan dan ukhuwah yang terjalin, lalu dia tidak lokek menjadi pengapit. Daripada satu sudut, bukan senang kita nak dapat kawan yang sudi membantu kita semasa kesusahan. Kadang-kadang, kawan selalu makan kawan. Biasalah situasi itu.

Oh ya, selepas putus cinta dengan pelakon dan penyanyi, Tasha, Aqasha khabarnya masih belum bertemu pengganti. Tapi kawan Cik Normah ada bagi tahu, Aqasha sebenarnya sudah bertemu pengganti. Kawan Cik Normah itu kemudian menunjukkan gambar kekasih baru Aqasha yang turut menjadi pengapit ketika persandingan Emelda dan Adlin di Ipoh.

Cik Normah pun tak berani nak mengesahkan perkara itu. Tapi ketika majlis sambut menantu Adlin dan Emelda di Meru, Klang, Aqasha menjadi pengapit dengan adik pengarah Ahmad Idham, Abby Nadzri. Tapi jangan pula salah sangka, itu bukan kekasih yang Lara maksudkan. Abby sudah pun berkahwin.

Cik Normah pun tunggu khabar gembira Aqasha untuk melangsungkan perkahwinan pula selepas ini. Cik Normah yakin dengan wajah Aqasha yang kacak, mesti ada ramai wanita yang mahu menghampirinya. Sebelum Tasha, Aqasha pernah digosipkan bercinta dengan Umie Aida ketika mula terbabit sama-sama dalam filem Leftenan Adnan. Selepas ini, agaknya siapa pula kekasih baru yang akan diperkenalkan Aqasha. Artis atau orang biasa, sudah bertemu pengganti mahupun belum, biarlah ia keluar sendiri daripada mulutnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: