Sunday, June 28, 2009

ini yang saya pilih...Aril


Aril


Assalamualaikum. Semoga Aril terus berjaya dan menjadi artis yang bebas daripada sebarang kontroversi.

1. Berapa lama Aril

mengikat kontrak dengan Astro Entertainment Sdn. Bhd.?

2. Apa rancangan Aril dalam merencanakan perjalanan hidup?

3. Sudahkah Aril bersedia untuk bergelar selebriti memandangkan banyak dugaan dan cabaran yang bakal anda tempuh?

Terima kasih,

n Muaz Ikwan, Kuala Lumpur.

ARIL

1. Buat masa ini Aril mengikat kontrak selama 3 tahun dengan AESB.

2. Selain terlibat dalam bidang seni, Aril berharap sangat dapat buka apa jenis perniagaan bagi jaminan masa depan. Kalau boleh Aril nak sangat buka butik atau kedai makan pada masa hadapan.

3. Ini jalan yang Aril pilih. Sudah pasti Aril bersedia sepenuhnya. Bukan Aril nak bongkak dengan kenyataan tersebut tetapi Aril sudah bersedia sebenarnya.

Suka konsep JepunAssalamualaikum,

Soalan untuk Aril yang di sayangi.

1. Bila agaknya album penuh Aril akan dikeluarkan selain dari album kompilasi finalis Af? Apa genre yang akan di pilih?

2. Bagaimana nak sampaikan hadiah pada Aril? Bila lagi nak buat persembahan di Melaka?

3. Akhir sekali, nasihat saya untuk Aril, kekalkan sikap sederhana, jangan lupa diri, jangan sombong dan jangan tinggal solat. Walau pun ada yang mengutuk Aril tetapi masih ramai yang sayang dan menghargai bakat Aril seperti saya.

n Lots of love,

Mustika, Melaka.

ARIL

1. Tentang album tu Aril tak berani nak cakap sebab itu semua masih lagi dalam perancangan pihak Astro Entertainment. Tapi Aril sangat berharap agar album Aril sendiri akan keluar sebelum hujung tahun ini. Kalau diikutkan Aril lebih suka album yang berentak JHop atau yang ada unsur Jepun sedikit. Barulah lain daripada yang lain.

2. Kalau nak hantar hadiah, boleh alamatkan kepada Astro Entertainment Sdn. Bhd. Insya-Allah kalau ada program dan diizinkan oleh Tuhan, memang Aril teringin sangat nak buat persembahan di Melaka. Tapi peminat kena sabar menanti.

3. Terima kasih atas nasihat anda. Saya amat menghargainya.

Selamanya dalam bidang seniAssalamualaikum Aril. Saya merupakan salah seorang peminat Aril. Saya harap Aril tidak keberatan untuk menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan.

1. Apa perkembangan terbaru Aril sekarang?

2. Agaknya sampai bila Aril akan berada di dalam bidang seni seperti sekarang.

3. Adakah Aril akan terjun ke bidang lakonan suatu hari nanti?

4. Sebelum Aril memasuki program realiti Akademi Fantasia, apakah yang Aril lakukan?

n Syamin Syazwan, Selangor.

ARIL

1. Buat masa ini saya baru sahaja selesai merakamkan kembali lagu Toksid versi studio. Aril juga sudahpun selesai penggambaran video klip untuk lagu Toksid. Selain itu Aril juga banyak menghabiskan aktiviti yang telah pun diatur oleh pihak pengurusan.

2. Sampai bila tu tak boleh nak cakap. Semua ini bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau boleh Aril memang nak sangat berada di dalam bidang seni ini sampai bila-bila. Selagi ada peminat yang menyokong kerjaya seni Aril, selagi itulah Aril akan ada di dalam industri ini.

3. Siapa yang tidak mahu berlakon. Memang Aril teringin sangat nak berlakon. Tapi Aril dah ada satu projek khas tentang lakonan. Kalau nak tahu anda semua kena tunggu sedikit masa lagi.

4. Sebelum ini Aril bertugas sebagai pereka grafik di sebuah syarikat. Kalau nak dikira pengalaman tersebut, Aril sudah bertugas dari tahun 2002 lagi sehinggalah Aril masuk ke Akademi Fantasia.

Kenangan terindah di AF7Assalamualaikum. Tahniah kerana abang mendapat tempat kedua dalam Akademi Fantasia 7. Abang memang layak mendapat hadiah itu.

1. Apakah perkembangan abang yang terkini?

2. Bagaimanakah cara untuk menghubungi abang?

3. Apakah pengalaman yang tidak dapat abang lupakan sepanjang berada di AF?

n Fatin, Kota Bharu, Kelantan.

ARIL

1. Buat masa ini Aril sedang sibuk mengikuti program yang diaturkan oleh AESB. Lagu Toksid juga sudahpun dirakam semula dan harap peminat berpuas hati degannya.

2. Adik boleh e-mel kepada khaiyoshi_kreko@yahoo.com atau www.myspace.com/arilfc. Peminat juga boleh melayari www.aril-lovers.com untuk maklumat lanjut.

3. Banyak sebenarnya pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kadang kala sampai tak tahu siang atau malam. Mana tidaknya pukul 8 pagi dah mula pelbagai aktiviti sampai malam. Bagi Aril ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila terutamanya bersama dengan peserta AF yang lain dan tenaga pengajar.

Hargai sokongan peminatAssalamualaikum Aril, saya merupakan antara peminat anda sejak di awal kemunculan lagi. Tahniah kepada anda kerana telah menjuarai realiti TV, Akademi Fantasia 7.

1. Apakah perbezaan sebelum dan selepas popular?

2. Bagaimana Aril mengawal situasi apabila keluar membeli belah atau melakukan apa-apa aktiviti. Tidak rimas dengan peminat yang ada?

3. Selepas Aril menyertai dunia nyanyian, tidakkah Aril terfikir untuk terjun ke bidang pengacaraan pula? Sudah tentu peminat anda tertunggu-tunggu.

Terima kasih..

n Jimi dan Jiji, Petaling Jaya, Selangor.

ARIL

1. Memang banyak perbezaan sebenarnya. Jika dahulu orang langsung tidak mengenali kita. Tapi kini situasi itu telah berubah. Aril juga perlu mengurangkan aktiviti yang tak berfaedah seperti merayau-rayau. Hehehe. Jadual juga padat dan ia sedikit sebanyak telah mengubah jadual hidup asal.

2. Aril biasanya akan keluar bersama dengan kawan-kawan sahaja. Bila dah ramai-ramai tu baru la rasa seronok sikit. Tidak pernah ada istilah rimas dalam hidup Aril dan Aril tetap akan melayan peminat selagi terdaya. Lagipun sebab peminat juga Aril berada di dalam industri ini. Memang Aril hargainya sangat.

3. Kalau ada rezeki memang itulah impian Aril. Aril bermula sebagai pengacara dan sudah pasti Aril merindui bidang tersebut. Bagi Aril tidak ada istilah tidak mahu mencuba. Aril akan cuba segala cabang seni yang ada selagi terdaya demi memastikan Aril menjadi ikon yang baik.

Boleh berdikariHai Aril, semoga Aril terus sihat dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Saya ada beberapa soalan untuk Aril.

1. Apakah cabaran terbesar Aril selepas bergelar naib juara AF7?

2. Sudahkah Aril boleh berdikari sendiri atau tidak?

3. siapakah artis luar negara yang Aril ingin berduet?

n Ezad, Melaka.

ARIL

1. Cabaran yang paling besar sudah tentu untuk membahagikan masa dengan jadual yang begitu padat. Selain itu Aril perlu memastikan yang Aril akan bekerja dengan lebih keras untuk terus bersaing dengan artis-artis lain yang ada. Kita kena buat kelainan jika mahu terus bertahan.

2. Buat masa ini Aril sedang berusaha untuk berdikari. Kalau boleh dari saat ini Aril sudah tidak mahu menyusahkan lagi keluarga dan rakan-rakan yang selama ini banyak membantu Aril. Tapi dalam masa yang sama Aril masih lagi mendapat bantuan daripada keluarga terutamanya abang Aril.

3. Sesiapapun boleh. Aril tak kisah sangat. Tapi kalau boleh Aril nak berduet dengan Ayumi Hamasaki.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: