Monday, June 29, 2009

10 jam terapung di laut


BOMBA melancarkan gerakan mencari dan menyelamat Rauf yang hilang di laut berhampiran Pulau Besar, Melaka semalam.





JASIN - Seorang nelayan menghadapi detik cemas selama hampir 10 jam apabila bot yang dinaiki bersama seorang rakan karam dilanda ombak di perairan kira-kira 2.5 batu nautika dari Pantai Umbai di sini semalam.

Abdullah Abu (gambar kecil), 62, memberitahu, sepanjang tempoh itu dia hanya berpaut pada kusyen bot sebelum diselamatkan oleh sebuah bot yang membawa pekerja pada pukul 10 pagi.

Cerita Abdullah, pada hari kejadian, dia dan rakannya, Rauf Maidin, 52, menaiki bot untuk memancing ikan di perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Besar pada pukul 9 malam kelmarin.

"Selepas hampir empat jam memancing, tiba-tiba ribut kuat melanda menyebabkan tali sauh terbelit pada kipas enjin bot.

"Kemudian ombak besar pula melanda menyebabkan air laut masuk ke dalam bot sebelum bot karam," katanya ketika ditemui di Jeti Umbai di sini semalam.

Dalam keadaan gelap, Abdullah sempat berpaut pada kusyen bot dan mendengar namanya dipanggil oleh Rauf tetapi tidak nampak rakannya itu. Rauf masih belum ditemui.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: