KATE Winslet mengejutkan pelajar-pelajar dari bekas sekolah lakonannya apabila dia menghadir sesi latihan.
Buah tangan Winslet adalah tips berlakon yang dikongsi bersama "protege"nya.
Malah, pelakon wanita Titanic itu turut memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengatasi rasa takut di atas pentas.
Media melaporkan Winslet telah melawat satu kumpulan amatur drama di Berkshire, England. Dia yang merupakan patron kepada kumpulan tersebut telah menjawab pelbagai soalan yang dilemparkan.
Winslet berkata: "Jangan berasa segan bertanya. Saya seorang yang sangat normal. Tanya saya apa-apa soalan yang anda minati."
Aktres terkenal itu menjelaskan cara-caranya mengatasi rasa takut di pentas.
"Apabila lampu dibuka dan disuluh kepada anda, anda tidak dapat melihat penonton lagi. Jadi, anda tidak perlu berasa takut," kata Winslet.
Winslet kemudiannya menonton raptai untuk produksi 'Boogie Nights' and 'The Wizard of Oz' sebelum menyertai satu bengkel.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: